Suami Bekas Presiden Megawati Meninggal Dunia Di Singapura

Diterbitkan: Ahad, 9 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Taufik Kiemas
Taufik Kiemas

JAKARTA: Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia Taufiq Kiemas, yang juga suami bekas presiden Indonesia Megawati Soekarnoputri, meninggal dunia di Singapura malam Sabtu akibat serangan jantung.

Agensi berita Antara memetik Ketua Bidang Undang-undang Jawatankuasa Pusat Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) Trimedya Pandjaitan sebagai berkata tokoh politik PDIP itu meninggal dunia pada pukul 7 malam waktu Singapura, pada usia 70 tahun.

Allahyarham sebelum itu dirawat di Singapore General Hospital selepas mengadu tidak sihat sejurus selesai menghadiri majlis peringatan kelahiran Pancasila di Ende, Nusa Tenggara Timur pada 1 Jun lepas.

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono yang menerima berita sedih itu berkongsi rasa kesedihan terhadap pemergian seorang tokoh negara.

"Presiden berasa duka yang mendalam atas nama peribadi dan negara," kata jurucakap Presiden, Julian Aldrin Pasha kepada agensi berita Antara.

Jenazah Allahyarham Taufiq akan dikebumikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata di sini pada pukul 11 pagi esok sejurus tiba di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma dari Singapura. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan