Operasi Mencari Dan Menyelamat Di Kawasan Runtuhan Jambatan Kedua P.Pinang Tamat

Diterbitkan: Ahad, 9 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasukan Bomba dan Penyelamat membuka khemah yang didirikan berhampiran runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung selepas operasi mencari mangsa ditamatkan petang Sabtu. -fotoBERNAMA
Pasukan Bomba dan Penyelamat membuka khemah yang didirikan berhampiran runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung selepas operasi mencari mangsa ditamatkan petang Sabtu. -fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Polis dan bomba menamatkan operasi mencari dan menyelamat di kawasan runtuhan tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini pada pukul 6 petang Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata operasi ditutup dengan rasminya selepas mesyuarat diadakan dengan Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Keputusan itu diambil hasil perbincangan dan kami akan menyerahkan kawasan runtuhan ini kepada pihak kontraktor untuk kerja pembersihan," katanya kepada pemberita.

Khamis lepas, tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini runtuh kira-kira 6.40 petang.

Mayat Tajuddin Zainal Abidin, 45, yang terperangkap di dalam kereta jenis Perodua Kelisa di bawah runtuhan itu berjaya dikeluarkan kira-kira 8.45 malam Jumaat.

Kejadian itu turut mengakibatkan tiga orang mengalami kecederaan, dua daripada mereka adalah pekerja asing iaitu warga Indonesia yang dikenali sebagai Slamat, 36, dan warga Myanmar Tin Maung Iwin, 39.

Seorang lagi yang dilaporkan cedera ialah wanita tempatan, Thilasheni Rajendran, 24, akibat terkena serpihan runtuhan di bahagian tangan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan