Jumlah Kenderaan Dijangka Meningkat Pada Tengah Hari

Diterbitkan: Ahad, 9 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah kenderaan di sepanjang lebuh raya utama di Semenanjung dijangka meningkat pada tengah hari ini berikutan sesi persekolahan bermula esok setelah bercuti dua minggu.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata setakat pukul 9.30 pagi ini, keadaan trafik masih lancar dan terkawal walaupun berlaku sedikit kesesakan berikutan peningkatan kenderaan.

Menurut jurucakap itu, keadaan trafik di sebelah pantai barat dan pantai timur juga masih terkawal dan lancar.

"Walaupun ramai pulang ke destinasi masing-masing selepas menikmati dua minggu cuti persekolahan, namun keadaan di sekitar Lebuhraya Utara-Selatan dan Lembah Klang masih terkawal pada pagi ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Ahad.

Menurut jurucakap itu, keadaan trafik dijangka sesak pada sebelah tengah hari disebabkan penambahan kenderaan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi memberitahu Bernama bahawa hujan sementara diramal berlaku pada sebelah petang terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman di Semenanjung Tanah Melayu.

Katanya, hujan sementara itu bagaimanapun pada amnya tidak akan menyebabkan banjir.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan