Bashah Sedia Lepas Jawatan Pengerusi BN Pastikan Kemenangan PRU-14

Diterbitkan: Ahad, 9 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sedia melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, demi memastikan kemenangan di negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Ahmad Bashah yang berharap Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir akan mengambil alih jawatan itu, juga menyatakan kesediaan membantu Mukhriz bagi memastikan BN terus memerintah Kedah.

"Kebiasannya menteri besar yang akan dilantik dan pegang jawatan pengerusi yang baru supaya segala perjalanan politik parti akan berjalan dengan lancar.

"Saya akan cuba bantu penerusi baru dengan baik bagi mempertahankan Kedah pada PRU-14 akan datang. Itu perkara paling penting kerana kita tak mahu kalah seperti sebelum ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Kesyukuran BN Parlimen Alor Setar, di sini Ahad.

Beliau berkata, bagaimanapun keputusan mengenai pengerusi yang baru akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah memberitahu berdasarkan analisis pilihan raya umum yang lalu, didapati berlaku penambahan undi BN daripada semua kaum.

"Jumlah pengundi berdaftar yang keluar mengundi di Kedah adalah seramai 1.041 juta orang, kaum Melayu sebanyak 801,358 undi, Cina sebanyak 157,962 undi, India sebanyak 66,000 undi dan kaum lain sebanyak 16,000 undi," katanya.

Jumlah pengundi yang keluar mengundi daripada anggota Umno ialah 95 peratus, kaum Melayu atas pagar (50 peratus), pengundi muda (50 peratus), pengundi India (65 peratus) dan pengundi Cina lima peratus.

"Jumlah pengundi muda meningkat sebanyak 30 peratus jika hendak dibandingkan pada 2008 lalu dan ini menunjukkan segala manifesto yang dijanjikan oleh Perdana Menteri diterima baik oleh pengundi muda," katanya.

Beliau berkata, bagi mendapatkan semula kepercayaan terutama daripada kalangan pengundi Cina, perancangan di peringkat kebangsaan, negeri dan pusat akan dibuat mulai sekarang. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan