Usul Tak Terima Jawatan Terbatal Jika Perwakilan Buat Usul Baharu Menerusi EGM - Dr Chua

Diterbitkan: Sabtu, 8 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Usul MCA tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan boleh terbatal sekiranya perwakilan parti itu mencadangkan usul baharu menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bagaimanapun berkata EGM tersebut hanya boleh diadakan sekiranya mendapat sokongan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada perwakilan pusat iaitu 800 daripada 2,400 perwakilan pusat.

Sekiranya EGM tersebut tidak mendapat persetujuan satu pertiga perwakilan, sebarang usul mengenai perkara tersebut akan dibuat pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) hujung tahun ini, katanya.

Keputusan keputusan tersebut bergantung kepada perwakilan parti membuat usul untuk membatalkan usul yang dibuat pada AGM parti itu dua tahun lepas, katanya kepada pemberita pada satu majlis jamuan malam di sebuah hotel di sini, Jumaat.

MCA pada AGM 2011 dan 2012 membuat resolusi bahawa parti itu akan menolak semua jawatan dalam kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri jika prestasinya lebih teruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), 5 Mei lepas.

Pada PRU13, MCA hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya.

Pada 2008, MCA memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN.

Mengenai tempoh yang agak lama tiada wakil MCA sebagai exco kerajaan negeri Kedah, Dr Chua berkata ia tidak terlalu lama hanya menunggu hingga hujung tahun ini untuk diadakan AGM.

Katanya beliau berterima kasih kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir kerana mahu memberi jawatan exco kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) MCA tetapi parti itu tetap dengan pendiriannya sebelum ini untuk tidak menerima apa-apa jawatan.

Ditanya sekiranya Menteri Besar Kedah melantik ADUN MCA menjadi exco, beliau berkata: "Jika ia berlaku baru you (wartawan) tanya saya balik". - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan