Usaha Memerangi Jenayah, Satu Peperangan - PM

Diterbitkan: Sabtu, 8 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan t-shirt tertera namanya selepas melancarkan Kempen Bersatu Menentang Jenayah anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Taman KLCC pada Sabtu. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala. -Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan t-shirt tertera namanya selepas melancarkan Kempen Bersatu Menentang Jenayah anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Taman KLCC pada Sabtu. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Usaha memerangi jenayah adalah satu 'peperangan' yang memerlukan komitmen dan sokongan berterusan daripada semua lapisan masyarakat bagi mewujudkan persekitaran yang selamat kepada rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata penyertaan daripada masyarakat secara aktif dan proaktif dan bukannya dalam bentuk pasif atau "lip service" adalah perlu bagi membantu menjayakan hasrat kerajaan mewujudkan perasaan selamat, tenteram dan bebas daripada perasaan takut ketika berada di negara ini.

Beliau turut menegaskan bahawa kadar penurunan jenayah bukanlah muktamad berdasarkan statistik dan perangkaan yang dicapai hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif sejak ia dilancarkan pada tahun 2010.

"Penyertaan secara aktif dan proaktif oleh masyarakat bukan dalam bentuk pasif atau lip service. Kalau kita sebagai individu dapat melakukan penyertaan masing-masing secara proaktif dan aktif, saya percaya sokongan dan dokongan daripada komuniti adalah asas yang amat penting yang boleh membawa kepada kejayaan kita memerangi jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran kempen Bersatu Menentang Jenayah anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di KLCC Park di sini.

Dalam menyeru semua lapisan masyarakat supaya bersatu memerangi jenayah, Perdana Menteri turut meminta pihak swasta khususnya pemilik pusat beli-belah meningkatkan tahap keselamatan di premis mereka seperti memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) dan menyediakan lebih ramai pengawal keselamatan.

"Jangan fikir mengenai keuntungan sahaja, kena juga fikir mengenai sumbangan perangi jenayah. Kalau pusat membeli-belah itu selamat dari jenayah, ia akan lebih popular. Kita mesti lihat dari sudut tersebut," katanya.

Katanya pemaju perumahan juga perlu membina projek-projek perumahan yang menerapkan ciri-ciri komuniti selamat seperti mengelak daripada membina lorong-lorong sunyi. "Ini adalah satu peperangan yang hanya akan berjaya jika semua lapisan rakyat mendokong dan menyokongnya (usaha). Kalau kita tidak bersatu perangi jenayah, jenayah akan menghantui kita," katanya.

Selain itu, Najib juga menyarankan Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji cadangan mewujudkan talian khas kecemasan yang disambungkan terus ke Bukit Aman supaya tindakan pantas dapat dilaksanakan dalam tempoh masa lebih singkat.

Beliau berkata cadangan itu dibangkitkan oleh seorang bekas pegawai tertinggi polis dalam satu perjumpaan veteran polis bersama beliau baru-baru ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Kempen Bersatu Menentang Jenayah telah dilancarkan Mac lepas dan orang ramai boleh membuat ikrar untuk memerangi jenayah melalui laman web www.unitedagainstcrime.com.my.

Setakat ini, sejuta orang dan 30 syarikat swasta telah mengatakan ikrar mereka terhadap tujuan tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan