Unit K-9 Di Lokasi Runtuhan Jambatan Untuk Mengesan Mangsa

Diterbitkan: Sabtu, 8 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasukan anggota Bomba dan Penyelamat bersama unit anjing pengesan Bomba memeriksa tempat runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung pada Sabtu. -Foto BERNAMA
Pasukan anggota Bomba dan Penyelamat bersama unit anjing pengesan Bomba memeriksa tempat runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung pada Sabtu. -Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Empat ekor anjing dari unit anjing pengesan (K-9) Kuala Lumpur pagi ini dibawa ke kawasan runtuhan tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan untuk mengesan sama ada masih terdapat mangsa terperangkap.

Pasukan bomba dan penyelamat dengan bantuan unit K-9 sedang berusaha mengesan mangsa yang mungkin terperangkap di bawah timbunan runtuhan di susur keluar jambatan di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu itu.

Kira-kira 12 tengah malam Sabtu, pasukan Bomba dan Penyelamat telah berjaya mengeluarkan satu kenderaan yang dipercayai jenis Land Rover dari tempat kejadian. Pihak bomba juga sedang giat menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi runtuhan.

Malam tadi, mayat Tajuddin Zainal Abidin, 45, yang terperangkap dalam kereta jenis Perodua Kelisa di bawah runtuhan itu berjaya dikeluarkan pada kira-kira 8.45 malam.

Khamis lepas, tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini runtuh pada kira-kira 6.40 petang.

Sementara itu, Timbalan Ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata anjing jenis Labrador itu mempunyai kepakaran untuk mengesan manusia sama ada masih hidup atau meninggal dunia.

Setakat ini tiada petunjuk baharu ditemui di kawasan runtuhan mengenai kewujudan mangsa, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata polis juga tidak menerima sebarang laporan baharu mengenai kehilangan anggota keluarga daripada orang awam. "Kita khuatir kemungkinan warga asing terperangkap di dalam dan kehilangan mereka tidak dilaporkan...ada yang kata terdapat motosikal terperangkap di dalam runtuhan itu tetapi sepanjang operasi pembersihan kita tidak menjumpai serpihan kenderaan itu," katanya.

Abdul Rahim juga meminta orang ramai tidak membuat spekulasi liar berhubung kelewatan operasi mengeluarkan mayat Tajuddin iaitu melebihi tempoh 24 jam kerana kerja mencari dan menyelamat perlu dilakukan dengan teliti.

"Kita perlu ada rasa hormat pada mayat dan keluarga mangsa, jika kita tarik begitu sahaja tentu keadaan tubuh mangsa akan terjejas," katanya sambil menambah operasi itu turut diperhatikan anggota keluarga terdekat mangsa.

Seramai 150 orang terdiri daripada polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam, pekerja syarikat pembinaan dan kontraktor sedang bertungkus-lumus mengalihkan runtuhan konkrit dan melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan kejadian. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan