Runtuhan Jambatan Kedua P. Pinang Mungkin Disebabkan Tanjakan Konkrit Tidak Kukuh – Pakar

Diterbitkan: Sabtu, 8 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Runtuhan sebahagian tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang di susur keluar jambatan di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu mungkin disebabkan oleh tanjak konkrit yang tidak kukuh serta tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, menurut seorang pakar.

Pensyarah Kejuruteraan Pembinaan Pusat Pengajian Pembinaan Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Mahyuddin Ramli berkata ketika mereka bentuk tanjak konkrit berkenaan, kontraktor perlu merujuk kepada kod amalan antarabangsa.

"Tanjakan konkrit yang dibina mesti berupaya menampung beban mendatar serta tekanan hidraulik tambahan yang terhasil daripada simen baru," katanya kepada The Star.

Beliau berkata konkrit dalam bentuk cecair akan menambah tekanan kepada tanjakan konkrit tersebut.

"Ia memerlukan tempoh lima jam untuk simen berkenaan mengeras sebelum ia boleh menampung berat sedia ada.

"Sebelum itu, ia akan bergantung kepada tanjakan konkrit untuk menampung bebanan ketika itu," katanya, sambil mengingkatkan kontraktor agar tidak mengetepikan kepentingan tanjakan konkrit.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, S.M. Mohd Idris berkata Satu siasatan lengkap perlu dijalankan segera untuk menentukan sama ada tanjakan konkrit tersebut dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Tiada perkara yang perlu disembunyikan,” katanya sambil menggesa semua pihak yang terlibat segera menjalankan satu pemeriksaan yang menyeluruh terhadap jambatan berkenaan demi memastikan keselamatan orang awam terjamin.

Presiden Persatuan Logistik Malaysia, Chang Kah Loon meminta pasukan petugas bebas ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar serta memastikan tahap keselamatan jambatan tersebut.

"Selain daripada syarikat pemegang konsesi jambatan menjalankan siasatan mereka sendiri berhubung punca runtuhan, kita memerlukan pasukan petugas bebas yang terdiri daripada pakar untuk mengemukakan penemuan-penemuan mereka sendiri.

"Ia bagi memastikan kebolehpercayaan dan keselamatan pemadu kereta apabila Jambatan Kedua Pulau Pinang dibuka kelak.

"Sekiranya mereka gagal berbuat demikian ia akan mengakibatkan jambatan itu akan kurang digunakan oleh pengguna," katanya.

Beliau berkata Jambatan Kedua Pulau Pinang sangat penting kepada sector logistik kerana ia akan memudahkan syarikat di Kedah, Perlis, Perak dan Butterworth menggunakan kargo udara kerana ia merupakan laluan yang lebih cepat untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan