Mstar Terima Anugerah Berita Portal Jabatan Penjara Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 8 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar (kanan) menyampaikan Anugerah Berita Online kepada wartawan mStar Online, Iwan-Shu Aswad Shuaib pada Majlis Jalinan Kasih Bersama Media anjuran Jabatan Penjara di Putrajaya, malam Jumaat. - Foto FAIHAN GHANI/THE STAR.
Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar (kanan) menyampaikan Anugerah Berita Online kepada wartawan mStar Online, Iwan-Shu Aswad Shuaib pada Majlis Jalinan Kasih Bersama Media anjuran Jabatan Penjara di Putrajaya, malam Jumaat. - Foto FAIHAN GHANI/THE STAR.

PUTRAJAYA: Mstar Online diberikan pengiktirafan oleh Jabatan Penjara Malaysia apabila menerima Anugerah Berita Online (Portal) pada malam Jumaat.

Wartawan, Iwan Shu-Aswad Shuaib menerima anugerah itu yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar.

Zulkifli berkata, pengiktirafan kepada pengamal media itu bagi menghargai kerjasama mereka yang membantu jabatan melaksanakan tugas dalam bidang pemulihan dan hal ehwal kepenjaraan.

"Majlis ini adalah untuk kita mendekatkan diri bagi menyampaikan maklumat kepada media tentang perkembangan Jabatan Penjara Malaysia.

"Kita mula berikan pengiktirafan kepada media-media yang membuka ruang kepada Jabatan Penjara Malaysia untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat. Diharapkan acara ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang," katanya pada Majlis Jalinan Kasih Bersama Media anjuran Jabatan Penjara di sini, malam Jumaat.

Sebanyak 12 anugerah yang mengiktiraf sumbangan dan hasil kerja pengamal media cetak dan elektronik di mana antaranya adalah Anugerah Penulisan Kreatif, Anugerah Program Bual Bicara dan Anugerah Dokumentari.

Pada majlis itu turut memberi penghargaan kepada Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan