Lorong Paling Kiri Jalan Semantan Ditutup Setahun

Diterbitkan: Sabtu, 8 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menjelang Rabu, lorong paling kiri di Jalan Semantan, Damansara akan ditutup selama setahun bagi memudahkan kerja-kerja utiliti.

Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu berkata penutupan bahagian lorong sepanjang 700-meter itu bermula di depan 10 Semantan, sebuah apartmen perkhidmatan, hingga ke simpang haluan Jalan Damansara Endah Petaling Jaya.

"Penutupan dilaksanakan dari 10 pagi hingga 4 ptg dan 9 malam hingga 6 pagi setiap hari.

"Adangan keselamatan, dinding dan kon trafik akan dipasang di tapak pembinaan bagi menentukan pengguna jalan dan pejalan kaki mendapat maklumat lengkap mengenai kerja-kerja berkenaan," kata kenyataan itu.

Selain itu, pasukan MRT Ronda 24 jam, akan bertugas di sepanjang laluan bagi mengendali sebarang kecemasan.

Penutupan itu bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan, "piloting", kerja-kerja saliran, gerudi, dan konkrit sebagai persiapan bagi pembinaan platform MRT dan stesen Semantan.

Untuk maklumat lanjut mengenai lencongan trafik, orang ramai boleh layari laman web MRT www.mymrt.com.my atau www.mymrt-underground.com.my atau twitter. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan