Kementerian Kesihatan Arah Tarik Balik Tapioca Starch Pearls Dari Pasaran

Diterbitkan: Sabtu, 8 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengarahkan pengedar Tapioca Starch Pearls yang diimport dari Syarikat Wang Tai di Taiwan, menarik balik produk makanan tersebut dari pasaran negara ini dan melupuskannya kerana mengandungi asid maleik (maleic acid).

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian itu, Noraini Mohd Othman berkata sehingga kini, sebanyak 66 sampel produk makanan yang merangkumi tapioca balls atau tapioca pearls, mi dan mihun kering dan tapioca starch yang diambil di pasaran tempatan telah dianalisis.

Beliau berkata keputusan analisis menunjukkan 65 sampel didapati tidak mengandungi asid tersebut.

"Walau bagaimanapun, pengguna yang telah memakan produk tersebut sebelum ini tidak perlu bimbang kerana pengambilan asid maleik sekali sekala pada paras rendah tidak memudaratkan kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini.

Tapioca Starch Pearls biasanya digunakan sebagai makanan dalam minuman.

Dengan perkembangan itu, jumlah produk makanan yang digantung pengimportan oleh kementerian itu kini berjumlah 16 produk.

Katanya kementerian memantau rapi produk makanan diimport dari Taiwan yang berada di pasaran tempatan, dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dengan menghubungi 03-888 33652 atau 03-888 33653 atau melayari laman web kementerian. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan