Karpal Terkejut Permohonanan PSM Sertai Pakatan Rakyat Ditolak

Diterbitkan: Sabtu, 8 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Karpal Singh
Karpal Singh

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh melahirkan rasa terkejutnya berhubung kenyataan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai Pakatan Rakyat telah ditolak.

Karpal berkata setakat ini tidak ada kenyataan rasmi oleh Pakatan berhubung keputusan mengenai permohonan PSM untuk menyertai parti itu.

"Pada pendapat saya, permohonan PSM perlu diberi pertimbangan yang wajar.

"Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar bertanding atas tiket PKR pada pilihan raya umum baru-baru ini, menunjukkan PSM menganggap PKR sebagai sekutu mereka," katanya pada sidang media di kedai kopi berhampiran dengan Pasar Air Itam dekat sini pada Sabtu.

Pada Jumaat, dilaporkan permohonan PSM untuk menyertai gabungan Pakatan Rakyat telah ditolak oleh parti komponen berkenaan.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, PAS, PKR dan DAP telah bertemu sebelum pilihan raya untuk membincangkan mengenai permohonan PSM.

Saifuddin mendakwa isu berkenaan telah dibincangkan sebelum pilihan raya dan keputusan yang diputuskan adalah negatif.

Ketika ditanya sebab keputusan tersebut dibuat demikian, Saifuddin enggan mengulas.

Dalam perkembangan lain, Karpal menggesa Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempercepatkan siasatan berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP.

Beliau berharap satu keputusan dapat diputuskan sebelum sidang Parlimen seterusnya yang akan bermula pada 24 Jun ini.

Karpal berkata ROS tidak wajar terpengaruh dengan sebarang komen atau kritikan yang dibuat terhadap DAP dalam isu berkenaan.

"DAP telah memberikan kerjasama dengan ROS dengan membekalkan kepada mereka semua bukti yang diperlukan.

"Perkara ini tidak harus dipanjangkan lagi, satu keputusan wajar dibuat tanpa sebarang kelewatan lagi," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan