Generasi Muda Perlu Diberi Peluang Bertanding Pemilihan Umno Bahagian/Cawangan - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 8 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hishammuddin melawat KD Jebat ketika mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Jumaat. Turut hadir Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (dua, kanan). - fotoBERNAMA
Hishammuddin melawat KD Jebat ketika mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Jumaat. Turut hadir Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (dua, kanan). - fotoBERNAMA

LUMUT: Generasi muda perlu diberi peluang seluas-luasnya untuk bertanding di peringkat pemilihan cawangan dan bahagian demi kelangsungan perjuangan parti Umno, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata Umno perlu melalui satu proses transformasi untuk menjadikan ia sebuah parti yang lebih inklusif.

"Umno di peringkat cawangan akan lalui mesyuarat masing-masing bulan depan, saya harap dalam pemilihan kali ini ada kesedaran dalam kalangan pemimpin Umno untuk memberi peluang kepada anak-anak muda dan anggotah baharu untuk bertanding," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di sini, Jumaat.

Mengenai cadangan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada perhimpunan agung parti itu Oktober ini, Hishammuddin menyokong seratus peratus apa jua pendekatan yang dilakukan bagi memastikan Umno terus kuat.

"Daripada peringkat atas saya percaya akhirnya perwakilan kita menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin sama ada ia akan bawa manfaat kepada parti atau tidak.

"Sekiranya itu merupakan asas kepada usaha bahawa jawatan tertentu tak ditandingi dan itu menyebabkan parti (Umno) terus kuat, saya menyokong apa jua bagi melihat parti Umno terus berada di hadapan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan