PSM Gagal Dalam Cubaan Sertai Pakatan Rakyat

Diterbitkan: Jumaat, 7 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai gabungan pembangkang Pakatan Rakyat telah ditolak oleh parti perikatan itu.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, PAS, PKR dan DAP telah mengadakan pertemuan sebelum pilihan raya umum untuk membincangkan mengenai permohonan PSM.

"Kami membincangkan perkara itu sebelum pilihan raya, keputusannya adalah negatif," katanya kepada The Star Online ketika dihubungi.

Ketika ditanya alasan di sebalik keputusan itu, beliau enggan mengulas.

Beliau menambah bahawa "beliau sepatutnya" dari parti kecil itu akan dimaklumkan mengenai keputusan yang dibuat oleh seseorang dari sekretariat Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, pemimpin PSM, Dr Michael D Jeyakumar ketika dihubungi sebelum ini berkata, tiada seorang pun daripada pihak mereka mengemaskini tentang status permohonan.

"Kami menganggap mereka berdiam diri itu bahawa kami tidak diterima, tetapi kami tidak mendengar sebarang keputusan rasmi."

PSM secara rasmi memohon untuk menyertai Pakatan Rakyat pada September 2012.

Semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), PSM dan Pakatan Rakyat mempunyai banyak pertempuran dalam pembahagian kerusi, menyebabkan pergaduhan banyak persaingan dalam tiga penjuru kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan memberitahu media pada bulan lalu bahawa parti itu akan menilai semula hubungannya dengan Pakatan Rakyat selepas tewas pada kerusi yang kononnya 'selamat' di Kota Damansara, dan tidak memenangi Semenyih atau Jelapang.

Kemenangan PSM pada pilihan raya lalu adalah di Sungai Siput, dengan Jeyakumar mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan