Polis Sahkan Mangsa Runtuhan Maut Di Dalam Kereta

Diterbitkan: Jumaat, 7 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kereta Kelisa yang remuk akibat runtuhan.
Kereta Kelisa yang remuk akibat runtuhan.

GEORGE TOWN: Polis pada Jumaat mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki berusia lingkungan 40-an di dalam timbunan runtuhan tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pasukan penyelamat menemui mayat lelaki itu dalam keadaan tunduk di tempat duduk pemandu tanpa penumpang lain.

"Adik mangsa dalam perjalanan ke sini untuk membuat pengecaman sama ada mayat itu adalah abangnya. Kita ada menerima laporan berhubung kehilangan anggota keluarga daripada seorang individu di Batu Maung," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata setakat ini hanya satu mayat ditemui di dalam timbunan runtuhan konkrit itu dan percaya tiada mangsa lain terlibat dalam kejadian berkenaan.

"Usaha untuk mengeluarkan mayat yang tersepit sedang dijalankan. Kita menghadapi sedikit kesulitan berikutan timbunan konkrit dan besi yang masih berada di tempat kejadian," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau Pinang Mohd Shoki Hamzah berkata pasukan penyelamat sedang memasang empat jek hidraulik untuk membuka ruang runtuhan bagi membolehkan mayat mangsa dikeluarkan.

"Jek hidraulik dipasang bagi memudahkan usaha mengeluarkan mayat mangsa kerana keretanya masih terhalang dengan sisa-sisa runtuhan konkrit dan besi. Sebanyak empat jek hidraulik dipasang dan setiap satu mampu menampung sehingga 200 tan," katanya kepada pemberita.

Mohd Shoki berkata operasi mengeluarkan mayat agak lambat kerana memerlukan alatan dan mesin yang sesuai sambil menegaskan kerja mencari dan menyelamat dibuat mengikut prosedur.

"Setakat ini memang kita jumpa mayat seorang lelaki sahaja tetapi kita pasang jek hidraulik berkenaan bagi memudahkan kita menjalankan usaha mencari jika ada mangsa lain dalam runtuhan itu.

"Kepada soalan mengapa ia lambat (keluarkan mangsa), jawapannya ialah kerana kita menggunakan mesin dan jentera khas untuk keluarkan mangsa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan