Penyambung Jambatan Kedua P.Pinang Runtuh: Tangan Tidak Bergerak Dikesan Dalam Kereta Tertimbus

Diterbitkan: Jumaat, 7 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebuah kereta yang tertimbus di bawah runtuhan konkrit dan keluli yang beratnya bertan-tan.
Sebuah kereta yang tertimbus di bawah runtuhan konkrit dan keluli yang beratnya bertan-tan.

GEORGE TOWN: Sebuah kamera pasukan penyelamat mengesan objek yang dipercayai manusia selepas melihat tangan yang tidak bergerak di dalam sebuah kereta yang tertimbus di bawah konkrit dan keluli yang beratnya bertan-tan akibat runtuhan penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung pada malam Khamis.

Para penyelamat menjumpai sebahagian daripada nombor plat kenderaan dengan nombor “437”.

Polis mempercayai bahawa ia merupakan tiga digit pertama bagi nombor plat kenderaan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar pada Jumaat berkata, sebuah kamera pasukan penyelamat telah digunakan dan anggota penyelamat mengesan sekali imbas bahawa terdapat tangan mangsa tetapi tiada pergerakan atau tindak balas yang dikesan.

“Kami tidak dapat pastikan berapa ramai mangsa tetapi sekurang-kurangnya seorang telah dikesan.

“Ia (kereta) merupakan Perodua Kelisa warna hijau,” katanya.

Abdul Rahim berkata, polis tidak dapat mengenal pasti mangsa dan menggesa mana-mana pihak yang kehilangan anggota keluarga sejak malam Khamis diminta membuat laporan polis.

Kerja-kerja menyelamat telah berjalan selama lebih 14 jam.

“Beratus-ratus tan konkrit dan keluli runtuh, dan kami perlu bergantung kepada jentera yang berat bagi membantu dalam kerja-kerja pembersihan,” katanya.

Lebih 300 anggota penyelamat di kalangan polis, jabatan bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan kontraktor sedang berusaha untuk memasuki kawasan kereta yang tertimbus.

Beliau berkata, kerja-kerja pembersihan dijangka akan selesai menjelang petang.

“Kami berharap orang ramai dapat bersabar,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan