Penyambung Jambatan Kedua P.Pinang Runtuh: Pasukan Penyelamat Sukar Masuk Kawasan Kereta Terperangkap

Diterbitkan: Jumaat, 7 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebuah kereta yang tertimbus akibat runtuhan penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Sebuah kereta yang tertimbus akibat runtuhan penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang.

1.00 tengah hari: Setakat ini, kira-kira lima kepingan keluli besar dialihkan.

12.30 tengah hari: Operasi membersihkan runtuhan membolehkan anggota penyelamat dapat menghampiri kereta yang terperangkap. Lebih banyak dilihat pada bahagian kereta itu. Nombor plat kenderaan dengan beberapa digit yang hilang ialah "PF? 347?".

11.50 pagi: Siasatan bermula. Siasatan awal berhubung insiden runtuhan penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang akan memfokuskan kegagalan sokongan struktur. Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) Pulau Pinang, Mohd Anuar Embi pada Jumaat berkata, jabatan itu tidak akan menolak kemungkinan lain.

11.45 pagi: MTUC Pulau Pinang menggesa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) untuk mengendalikan siasatan berhubung runtuhan.

11.40 pagi: Polis masih belum lagi menerima sebarang laporan individu hilang.

11.20 pagi: Satu plat kenderaan dengan nombor "437" ditemui. Mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga sejak malam Khamis diminta hubungi polis.

11 pagi: Sebuah kamera pasukan penyelamat mengesan objek dipercayai manusia apabila melihat tangan yang tidak bergerak dalam sebuah kereta Kelisa warna hijau yang tertimbus di bawah runtuhan konkrit dan keluli yang beratnya bertan-tan.

10.30 pagi: Polis mengadakan sekatan kira-kira 700 meter di lebuh raya sehingga ke kawasan kejadian di mana runtuhan berlaku. Kelihatan amai anggota polis dan anggota bomba bersama pekerja binaan untuk membantu menyerapkan bunyi pemotongan keluli.

GEORGE TOWN: Pasukan mencari dan menyelamat memotong keluli dan rangka konkrit yang besar untuk sampai ke kawasan di mana sebuah kereta yang terperangkap selepas penyambung jambatan kedua Pulau Pinang di Batu Maung yang masih dalam pembinaan runtuh pada pukul 7 malam Khamis.

Polis berkata, pasukan penyelamat mencuba untuk lebih dekat dengan kereta itu tetapi ia dihalang oleh runtuhan rangka konkrit.

Lalu lintas di kawasan itu pada pagi Jumaat sesak apabila orang ramai menuju ke tempat kerja di kilang-kilang di kawasan perindustrian.

Kerja-kerja pembinaan dihentikan untuk memudahkan penyiasatan dan laluan masuk dan keluar laluan ke kawasan itu terus ditutup kepada semua kenderaan.

Tiga orang cedera akibat penyambung konkrit dan keluli di persimpangan bertingkat di Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh.

Dua daripada mangsa adalah pekerja pembinaan Slamat, 36, dari Indonesia dan Tin Maung Iwin, 39, dari Myanmar.

Kedua-dua mereka dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Timbalan Ketua Pulau Pinang, Polis Datuk Abdul Rahim Jaafar pada malam Khamis berkata bahawa pekerja asing sedang bekerja di tapak projek ketika kejadian berlaku.

Seorang lagi yang cedera ialah Thilasheni Rajendran, 24, yang telah terkena serpihan runtuhan.

Thilasheni, yang ketika itu sedang memandu, berjaya menghentikan keretanya kira-kira dua meter dari tempat kejadian.

Rakannya, Gajashaantini Gajanujan, 24, yang turut berada di dalam kereta tidak cedera.

Abdul Rahim berkata, lebih 300 anggota bomba dan polis berusaha mencari mangsa di dalam kereta yang tertimbus dalam runtuhan.

Abdul Rahim berkata, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan kren besar apabila kren yang dibekalkan oleh syarikat pembinaan gagal untuk mengangkat konkrit.

Jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) berkata, runtuhan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung sedang disiasat.

Jalan susur projek jambatan itu dilaksanakan oleh Cergas Murni Sdn Bhd.

JKSB berkata, ia akan mengeluarkan kenyataan rasmi pada Jumaat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan