MPP Arah Kerja Jambatan Kedua P.Pinang Dihentikan Serta-Merta

Diterbitkan: Jumaat, 7 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada Jumaat mengarahkan kerja pembinaan di tapak berlakunya runtuhan tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang dihentikan serta-merta kerana membahayakan keselamatan orang awam.

Pengarah Kejuruteraan MPPP, Addnan Mohd Razali berkata, kontraktor terlibat juga diarah mengambil langkah untuk membaik pulih keadaan di tapak berlaku runtuhan berkenaan.

"Struktur landasan tersebut telah runtuh ke atas jalan awam malam tadi (Khamis) dan ia membahayakan keselamatan orang awam," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di tempat kejadian di sini, Jumaat.

MPPP menghantar surat pemberitahuan mengenai pemberhentian kerja itu kepada Jambatan Kedua Sdn bhd dan Lembaga Lebuhraya Malaysia pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika melawat tempat kejadian berkata arahan berhenti kerja itu tidak bertempoh dan akan tamat selepas kontraktor dapat menjamin keselamatan orang ramai.

"Tragedi ini berlaku atas masalah kejuruteraan dan kita harus mempunyai seorang jurutera yang boleh mengetuai kerja-kerja mencari dan menyelamat.

"Tetapi sehingga hari ini, usaha menyelamat mangsa telah gagal dan setakat ini hanya kerja pembersihan kerana usaha untuk menyelamatkan mangsa amat tipis," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan