Kerang Di Sabah Masih Tidak Selamat Dimakan Berikutan Toksin Air Laut Merah

Diterbitkan: Jumaat, 7 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Orang ramai masih dinasihatkan untuk tidak memakan kerang kerana tahap toksin air laut merah semakin tinggi dicatatkan di beberapa bahagian laut Sabah.

Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Rayner Stuel Galid berkata, paras toksik masih pada 700 Unit ‘Mouse’ (MU), yang merupakan tahap agak berbahaya bagi manusia.

"Keracunan makanan dan juga kematian boleh disebabkan oleh memakan kerang toksin air laut merah," katanya, sambil menambah MU terendah dianggap selamat untuk manusia adalah di bawah 400 MU.

Peniaga juga diingatkan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa supaya tidak menjual makanan laut kerana ia boleh membahayakan nyawa.

"Hanya Jabatan Perikanan dapat mengesan kehadiran toksin ini dalam semua jenis kerang di makmal khusus dan bukannya menerusi penglihatan atau bau semata-mata," kata Rayner.

Beliau menambah, toksin dalam kerang juga tidak selamat dengan hanya membasuh berulang kali atau memasak.

Gejala alga berbahaya, yang dikenali sebagai fenomena air laut merah, termasuk menjadikan bibir dan lidah rasa berdenyut-denyut bergantung kepada tahap keracunan.

Gejala boleh merebak dengan rasa berdenyut-denyut seolah-olah dicucuk pin dan jarum diikuti oleh hilang kawalan pada tangan dan kaki, dan kemudiannya kesukaran untuk bernafas.

Mereka yang mempunyai gejala-gejala seperti ini dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera kerana kelewatan boleh menyebabkan kematian.

Alga merah yang boleh membawa maut ini lebih dikenali sebagai fenomena air pasang merah yang dikesan pada November tahun lepas dan dijangka reda menjelang akhir bulan ini.

Pada Mac lalu, tahap yang lebih tinggi daripada toksin air laut merah dikesan dalam sampel kerang yang diperoleh dari Kuala Penyu dan kawasan-kawasan luar bandar Kota Kinabalu, Sipitang dan Tuaran.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan