Kerajaan Timbang Wujud Mahkamah Koroner Tetap

Diterbitkan: Jumaat, 7 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan Mahkamah Koroner secara tetap bagi menyiasat kes-kes kematian dalam tahanan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata cadangan yang telah dibawa dalam mesyuarat Kabinet semalam itu adalah untuk memastikan kes-kes sedemikian dapat dikendalikan dengan lebih telus.

"Kes-kes yang akan dikendalikan itu bukan sahaja melibatkan tahanan pihak polis namun turut membabitkan tahanan agensi penguatkuasaan lain.

"Penubuhan mahkamah tetap itu adalah di bawah bidang kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Datuk Paul Low, namun saya yakin kedua-duanya pasti mengkaji secara mendalam berhubung cadangan tersebut," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau sebelum itu menerima kunjungan hormat Menteri Dalam Negeri dan Imigresen Republik Namibia, Pendukeni Livula-Lthana yang tiba bagi menghadiri Sidang Kemuncak Global Wanita 2013 yang berlangsung selama dua hari di ibu negara yang bermula hari ini.

Ahmad Zahid turut mengingatkan semua pihak agar tidak menjadikan kes kematian dalam tahanan sebagai isu perkauman kerana pihaknya tidak memandang ringan kes yang melibatkan kehilangan nyawa malah anggota polis yang terlibat telah didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh.

"Jika ada pihak mengatakan lebih ramai kaum India mati dalam tahanan, saya ingatkan bahawa menurut data 10 tahun lepas, seramai 64 tahanan Melayu, 30 Cina dan 28 orang India telah mati dalam tahanan," katanya.

Mengulas mengenai usul penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), Ahmad Zahid berkata usul itu telah dibentangkan dalam Kabinet semalam dan kerajaan memutuskan sebarang siasatan yang dilakukan mesti berdasarkan kepada skop Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP).

Beliau berkata Kabinet telah memberi kuasa sepenuhnya kepada SIAP bagi menilai semua prosedur penyiasatan dan ia membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kes kematian dalam tahanan.

Justeru itu, katanya, KDN sentiasa bersikap terbuka untuk berbincang dengan mana-mana parti politik, badan bukan kerajaan dan badan sukarela agar perkhidmatan polis dan agensi-agensi lain di bawah kementerian itu dapat ditambah baik. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan