Kementerian Timbang Biaya Kos Rawatan Pesakit Luar Kerajaan Di Hospital Swasta

Diterbitkan: Jumaat, 7 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang menimbang mekanisme untuk membiayai kos rawatan pesakit luar yang berdaftar di hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dalam negara ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata perbincangan antara kementerian dan hospital swasta akan dilakukan berhubung konsep pelaksanaannya itu.

Beliau berkata kementerian sedang memikirkan kaedah untuk mewujudkan jambatan kerjasama yang boleh menghubungkan perkhidmatan perubatan sedia ada di sektor awam dan swasta.

"Satu daripadanya kita sedang fikir bolehkah 'outpatient' yang sedia ada dalam sistem Kementerian Kesihatan diminta mendapat rawatan di sektor swasta dengan pembiayaan dibuat oleh kerajaan," katanya kepada pemberita semasa lawatan kerjanya ke Hospital Kuala Lumpur pada Khamis.

Dr Subramaniam berkata kerjasama itu akan dapat mengoptimumkan semua kepakaran dan kecanggihan peralatan dalam bidang itu untuk kemudahan dan kesejahteraan rakyat.

"Kami sedang menimbang konsep kerjasama dengan sektor swasta namun ia bergantung sama ada mereka dapat menerima kos kami," katanya.

Mengenai sama ada kementerian akan menimbang permohonan sektor swasta untuk mereka digabungkan da bekerjasama dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan bagi Klinik 1Malaysia, Dr Subramaniam berkata kementerian akan menyemak butiran permohonan itu untuk mencari penyelesaiannya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan