Hadi Ho Dilantik Ketua JSJ Bukit Aman

Diterbitkan: Jumaat, 7 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hadi Ho
Hadi Ho

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Datuk Hadi Ho Abdullah dilantik sebagai pengarah jabatan itu, berkuatkuasa serta merta menggantikan Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang kini Timbalan Ketua Polis Negara.

Hadi Ho, 59, akan memangku pangkat Pesuruhjaya Polis (CP), menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jumaat.

Ketua Cawangan Khas Polis Kontinjen Perak SAC Mohd Ab Rahman Harun pula dilantik sebagai Pegawai Khas PDRM kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Setiausaha Bahagian NKRA, Kementerian Dalam Negeri ACP Jamaludin Ibrahim dilantik sebagai Komander Unit Tindakan Khas Bukit Aman, dengan memangku pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Muar, Johor dengan memangku pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP).

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa Briged Tenggara, Supt Rooslan Radzi dilantik sebagai Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, dengan memangku pangkat ACP.

Penolong Pengarah (Teknikal/Surveillance) JSJ Narkotik Bukit Aman Supt Ab Rahman Nawi pula dilantik sebagai Penolong Pengarah Risikan Zon 1, JSJ Narkotik Bukit Aman, memangku pangkat ACP.

Menurut kenyataan itu, pertukaran dan kenaikan pangkat berkenaan telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pasukan PDRM. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan