Dua Pekerja Asing Terlibat Kejadian Runtuhan Stabil - Berita Semasa | mStar

Dua Pekerja Asing Terlibat Kejadian Runtuhan Stabil

Diterbitkan: Jumaat, 7 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Dua pekerja asing yang terlibat dalam kejadian runtuhan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung dekat sini pada Khamis masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Warganegara Myanmar Tin Maung Lwin, 39, dan warganegara Indonesia Slamat, 36, bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan kecederaan mereka dilaporkan tidak serius. Tin, yang cedera pada bahagian paha kanan, berkata ketika kejadian dia sedang melakukan kerja pembinaan di atas jambatan itu.

"Ketika itu saya sedang menuang simen sebelum runtuhan berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di hospital, Jumaat.

Selamat, pula tidak boleh bercakap kerana mulutnya bengkak dan mengalami kecederaan bahagian muka dan dada.

Dalam kejadian 6.40 petang semalam, tiga orang cedera termasuk seorang wanita tempatan Thilasheni Rajendran, 24, akibat runtuhan itu di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini.

Seorang lagi lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya ditemui mati di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kelisa kerana terperangkap di dalam runtuhan berkenaan. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan