Arus Deras Sungai Rajang Gagalkan Usaha Apung Bot Karam

Diterbitkan: Jumaat, 7 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BELAGA: Arus deras Sungai Rajang terus menjadi halangan usaha hari kesepuluh mengapungkan bot ekspres 'Kawan Mas' yang karam di Giam Bungan, Selasa lepas.

Sebelum ini, pasukan penyelam profesional polis dan pasukan bomba berdepan kesukaran melaksanakan tugas kerana mudah dihanyutkan arus meskipun membawa bebanan seberat kira-kira 35 kilogram setiap kali menyelam.

Nasib sama dialami pasukan bantuan hari ini yang terdiri daripada tiga pakar selam tempatan iaitu Pilot Jelawang, Kajan Juloi dan Telegi Tang dari Sekapan Panjang.

Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata kegagalan itu menyebabkan operasi mengapung ditamatkan pada 4 petang dan ditangguh selama tiga hari bagi mencari kaedah terbaik dan untuk keselamatan kerana air Empangan Bakun dilepaskan semula selepas ditutup sejak semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata gerakan mencari dan menyelamat di permukaan sungai tetap diteruskan.

Mengulas operasi hari ini, Bakar berkata penyelam terbabit melakukan tugasan dengan baik malangnya arus deras mengagalkan usaha memasang kabel di bot yang karam itu.

"Tiga penyelam itu sudah berjaya berada di bot karam di dasar sungai tetapi malangnya, usaha untuk memasang kabel di lubang yang ditebuk minggu lepas tidak boleh diteruskan kerana arus deras," katanya kepada pemberita di lokasi bot karam, sejam perjalanan dari Belaga.

Beliau berkata mengikut rancangan awal, kabel yang sudah diikat di bot karam akan ditarik menggunakan rantaian winc yang diikat pada dua jentolak di tebing sungai.

Sehubungan itu, katanya, satu mesyuarat bersama jawatankuasa bencana negeri akan diadakan di Kuching esok bagi membincangkan masalah yang dihadapi pasukan penyelamat.

Sementara itu, Bakar berkata sehingga semalam, jumlah mangsa yang terselamat dalam tragedi bot karam meningkat kepada 213 orang.

"Semalam, enam lagi membuat laporan polis di Kapit mengatakan mereka adalah mangsa yang terselamat dalam kejadian itu. Mereka ialah Anthony Jawing Anak Awi, Awi Anak Panau, Delam Anak Ngabang, Jelina Anak Buah, Johnny Anak Kana dan Limping Anak Tarang.

"Dengan ini, jumlah mangsa terselamat ialah 213, dua mangsa iaitu Maurice Ajan, 22, dan Roslin Jati, 34, masih hilang manakala satu mayat, Tujok Lah, sudah dijumpai," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan