30 Produk Makanan Taiwan Tiada Asid Maleik

Diterbitkan: Jumaat, 7 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 produk makanan dari Taiwan yang berada di pasaran tempatan didapati tidak dicemari asid maleik, menurut Kementerian Kesihatan pada Khamis.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian tersebut, Noraini Mohd Othman berkata produk makanan itu merangkumi 'tapioca balls' atau 'tapioca pearls', mi dan mihun kering dan 'tapioca starch'.

"Orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut," katanya dalam kenyataan di sini.

"Pemantauan masih diteruskan ke atas produk makanan Taiwan di pintu masuk serta yang telah berada di pasaran tempatan," katanya. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan