Wanita Didakwa Hina Agong Dibebas Selepas Kenyataan Direkod Polis

Diterbitkan: Khamis, 6 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 32 tahun yang ditahan kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong di Facebooknya dibebaskan.

Timbatan Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Aziz Zakaria berkata, wanita itu dibebaskan pada hari yang sama selepas polis merekodkan kenyataannya.

“Siasatan masih sedang berjalan,” katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Aziz berkata, suspek berkenaan dipercayai bersembunyi selepas identitinya didedahkan di Internet berikutan dakwaan penghinaan itu.

“Kami sedang menjejaki empat lagi individu bagi membantu polis dalam siasatan.

“Mereka ialah Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay," katanya.

Wanita itu ditahan di Taman Nirwana, Ampang, pada pukul 9.30am pada Selasa.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama polis berjaya menjejaki suspek yang dikatakan telah menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua’adzam Shah di Facebook.

Wanita itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan