PPj Sangkal Laporan Seorang Lagi Pendaki Kritikal

Diterbitkan: Khamis, 6 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) pada Khamis menyangkal laporan berita mengenai seorang daripada peserta ekspedisi mendaki Gunung Kala Pathar dan Everest Base Camp, Kathmandu, Nepal 2013 berada dalam keadaan kritikal.

Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam PPj Zaharah Salamat berkata Mohd Yazrul Ekhzan Yahya bersama pendaki lain kini berada di Lukla dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan selamat.

"Beliau (Mohd Yazrul) telah menghubungi dan bercakap sendiri dengan keluarganya di tanah air.

"Mohd Yazrul dan pendaki-pendaki lain menunggu untuk diterbangkan ke Kathmandu dan seterusnya pulang ke tanah air mengikut jadual asal ekspedisi iaitu pada 10 Jun (Isnin) melalui penerbangan MAS yang dijangka tiba di Malaysia pada 7.50 malam," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Penolong jurutera PPj, Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, meninggal dunia pukul 7.15 malam waktu Malaysia pada Isnin ketika di Labuche dalam perjalanan ke Everest Base Camp selepas diserang penyakit akut gunung (AMS).

Sebelum ini, dilaporkan bahawa seorang lagi rakan mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dikatakan koma dan mendapat rawatan di kem berhampiran selepas diserang penyakit sama.

Ekspedisi yang bermula pada 27 Mei itu disertai 14 pendaki (11 lelaki dan tiga wanita) mewakili Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan PPj.

Sementara itu, Zaharah berkata jenazah Allahyarham Mohamad Shahrulnizam dijangka sampai di MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7.50 malam Khamis.

Beliau berkata jenazah Allahyarham diiringi dua lagi pendaki iaitu Muhammad Fauzan Hassan dan Mohamad Sujairi Ishak.

Katanya, pengurusan tertinggi PPj yang diketuai Naib Presiden Kanan PPj Datuk Muhamad Haitamin Ishak dijangka berada di KLIA untuk membantu proses pengurusan jenazah.

"Jenazah akan disembahyangkan di Surau An Nur, Tanjung Syawal, Sungai Pinang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Belah, Klang," katanya.

Zaharah juga berkata Presiden PPj Tan Sri Aseh Che Mat yang sedang bertugas di luar negara terkilan kerana tidak dapat hadir ketika jenazah mangsa tiba di tanah air.

Katanya Aseh juga mendoakan segala urusan penerbangan dan pengebumian jenazah Allahyarham dapat diuruskan dengan sempurna dan lancar dan beliau akan melawat keluarga Allahyarham sebaik sahaja segala urusan rasmi di luar negara telah disempurnakan.

Beliau berkata PPj telah mengadakan solat hajat semalam bagi mendoakan keselamatan para pendaki serta dipermudahkan segala urusan berkaitan penghantaran pulang jenazah ke tanah air.

"Satu perjumpaan telah diadakan bersama keluarga dan waris para pendaki untuk memaklumkan status terkini berhubung keadaan semasa mereka di Lukla.

"PPj merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dan mendoakan keselamatan para pendaki PPj," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan