Padang Bola Sepak Stadium Nasional Bukit Jalil Akan Ditutup Enam Bulan Bermula Oktober

Diterbitkan: Khamis, 6 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT JALIL: Padang bola sepak Stadium Nasional Bukit Jalil di sini akan ditutup selama enam bulan dari Oktober tahun ini untuk kerja-kerja pembaikan berikutan keadaannya yang semakin merosot.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata padang itu tidak memenuhi piawaian antarabangsa dan banyak aduan mengenainya telah diterima sama ada dari dalam atau luar negara.

"Sudah tiba masanya bagi kita untuk melakukan baik pulih atau menggantikan padang kerana saya telah melihatnya dan saya telah mendapat banyak maklum balas daripada peminat tempatan," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar, Khamis.

Terdahulu, Khairy tiba di lokasi bersama-sama dengan Timbalan Menteri Datuk M Saravanan dan telah dibawa melawat padang oleh pegawai-pegawai stadium.

Tanpa membuang masa beliau berjalan ke padang di bawah terik matahari dan membuat pemeriksaan teliti terhadap rumput dan padang.

Beliau yang kelihatan tidak puas hati dengan keadaan padang itu dilihat memberitahu pegawai: "Saya mahu satu penyelesaian untuk ini."

Tender bagi kerja membaik pulih itu juga akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata kementerian akan lebih tegas dalam memberi kebenaran menggunakan padang, sambil menambah aktiviti yang tidak berkaitan dengan sukan mungkin telah menyumbang kepada kerosakan itu.

Khairy berkata kriteria dan keperluan untuk menggunakan stadium akan diperketatkan.

"Saya tidak mahu mengatakan kita akan membuat larangan secara terang-terangan, tetapi kita akan mengkaji mengenai acara-acara seperti konsert dan majlis kerajaan," katanya.

Khairy berkata keadaan padang itu tidak akan menghalang pasukan asing daripada datang ke sini.

"Chelsea dan Barcelona tetap akan datang ke sini.

"Ia tidak menghalang mereka daripada datang, tetapi ia boleh menjejaskan reputasi kita apabila mereka kembali," katanya.

Khairy berkata pasukan bola sepak Brazil dan Chelsea mengadu tentang keadaan padang bola sepak Malaysia pada masa lalu dan ia sesuatu yang memalukan di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata ia bukan sahaja tentang reputasi sukan Malaysia, sambil menambah padang yang tidak baik juga akan menyebabkan kecederaan kepada pemain.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan