KMPP Minta ROS Percepat Keputusan Mengenai DAP

Diterbitkan: Khamis, 6 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempercepatkan keputusan berhubung kedudukan DAP, susulan isu pemilihan jawatankuasa pusat (CEC) parti itu pada Disember lalu.

Presidennya Rahmad Isahak berkata isu itu membabitkan kepentingan umum terutama di Pulau Pinang, kerana DAP menjadi peneraju dalam kerajaan pakatan di negeri itu.

"KMPP percaya ROS sudah mempunyai cukup bukti dari hasil siasatan yang dibuat sejak enam bulan lepas dan kami percaya serta yakin dengan kuasa yang ada, ROS tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan," katanya pada sidang media, di sini Khamis.

Menurut Rahmad, dakwaan anggota DAP ada penipuan pada pemilihan parti adalah serius, sementelahan DAP meneraju sebuah kerajaan negeri.

Beliau mengulas kenyataan terkini ROS yang pada Jumaat lepas dilapor berkata terdapat ramai anggota DAP yang layak menghadiri Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu tahun lalu tidak menerima notis panggilan, sekali gus menyebabkan mereka tidak dapat mengundi pada pemilihan berkenaan.

Keputusan pemilihan CEC parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada hari itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan