Johor Akan Kaji Semula Pengeluaran Lesen Perniagaan Pusat Hiburan Keluarga

Diterbitkan: Khamis, 6 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kerajaan negeri Johor akan mengkaji semula pengeluaran lesen perniagaan pusat hiburan keluarga oleh Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini sebagai usaha membanteras kegiatan jenayah dan gejala sosial.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata rombakan perlu dilakukan memandangkan ada pusat perniagaan yang didaftarkan atas nama pusat hiburan keluarga itu mengendalikan perniagaan tidak sewajarnya seperti judi Internet.

"Ada beberapa kesukaran apabila pihak berkuasa melakukan serbuan kerana pengendalinya mengubah pusat judi itu sebagai pusat hiburan keluarga. Mereka (pengendali) bijak, jadi kita (kerajaan negeri) mesti kena lebih jadi bijak.

"Kalau mahu berfungsi sebagai pusat Internet, maka lesen hendaklah berdaftar sebagai pusat Internet dan tidak boleh berdaftar sebagai pusat hiburan keluarga," katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini. Hadir sama, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Beliau berkata terdapat 155 pusat hiburan keluarga di seluruh negeri ini dan kerajaan negeri tidak akan mengeluarkan lesen untuk perniagaan pusat hiburan keluarga sekiranya masalah berkenaan berterusan.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan memberi perhatian serius terhadap isu keselamatan di negeri ini demi menjamin kesejahteraan rakyat dan pelabur.

"Saya ditaklimatkan bahawa keadaan di Johor aman, selamat dan terkawal. Indeks jenayah di negeri ini juga menunjukkan penurunan selama lima tahun berturut-turut. Johor bukan negeri tertinggi dari segi jenayah walaupun ada pihak yang menuduh sedemikian," katanya.

Sehubungan itu, Mohamed Khaled turut meminta orang ramai supaya sentiasa bekerjasama dengan polis memandangkan penglibatan orang awam khususnya penyertaan dalam Rakan Cop merupakan cara terbaik dalam menangani jenayah. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan