BN, Pakatan Rakyat Mahu Kemudahan Ruang Untuk Rakyat & Media Di Parlimen

Diterbitkan: Khamis, 6 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mahu orang ramai diberikan ruang di Parlimen untuk bertemu ahli Parlimen dan pihak media.

Bagaimanapun, mereka bersetuju kemudahan itu perlu diberi tanpa mengganggu prosiding Parlimen.

Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman Said (BN) berkata rakyat perlu diberi akses untuk melihat wakil-wakil di Parlimen memandangkan Parlimen dilihat sebagai satu institusi di mana suara-suara rakyat didengar.

"Mereka yang membawa masuk orang-orang tertentu untuk sidang akhbar di Parlimen mempunyai tanggungjawab untuk memastikan sesi di dalam dewan tidak terganggu," katanya, Rabu.

Azalina mencadangkan ruang khusus diberikan kepada orang luar untuk mengadakan sidang akhbar dan mereka tidak perlu bersama orang ramai di lobi Parlimen.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa prosiding Parlimen harus berjalan dengan lancar tanpa gangguan.

Tahun lepas, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan arahan kepada individu yang bukan ahli Parlimen supaya tidak menggunakan lobi Parlimen untuk mengadakan sidang akhbar.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, rakyat tidak harus dihalang daripada mengadakan sidang akhbar di bangunan Parlimen.

"Ruang ini memang kecil dan sering digunakan oleh ahli Parlimen dan media. Mungkin pegawai-pegawai di Parlimen boleh mencari tempat yang lebih sesuai untuk orang ramai bertemu media atau wakil rakyat," katanya.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua (PKR) berkata menghalang orang ramai daripada datang bagi menyuarakan pandangan mereka di Parlimen adalah "pelanggaran hak-hak rakyat yang serius".

"Ahli Parlimen tidak sepatutnya dihalang tugas mereka untuk bertemu pengundi di kawasan mereka," katanya.

Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him (DAP) berharap Shahidan akan menyelesaikan masalah dan bukannya tidak membenarkan orang ramai datang ke Parlimen.

Sebagai tindak balas, Shahidan berkata beliau akan berbincang dengan pegawai-pegawai Parlimen untuk melihat sama ada terdapat ruang boleh diperuntukkan kepada para tetamu untuk bertemu ahli Parlimen dan media.

"Saya tidak mempunyai masalah dengan orang yang datang untuk bertemu dengan ahli Parlimen tetapi kita bercakap mengenai masalah ruang yang serius di sini," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan