Bekalan Tambahan Petrol Tiba Di Belaga - KPDNKK

Diterbitkan: Khamis, 6 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Bekalan tambahan petrol untuk kawasan Belaga dijadual tiba pada Khamis bagi menampung keperluan susulan operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi bot ekspres karam di daerah itu, pada 28 Mei lepas.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata penghantaran 9,600 liter bekalan tambahan itu diluluskan kerajaan Isnin lepas.

"Keseluruhan bekalan tambahan itu dijangka tiba di pekan Belaga hari ini melalui jalan darat dari bandar Bintulu," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini yang mendakwa Belaga hampir kehabisan bekalan petrol selepas sebahagian besar bekalannya diguna untuk operasi itu yang memasuki hari ke-10.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad UZir berkata situasi yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah bersifat sementara dan menasihatkan pengguna di pekan Belaga untuk tidak membuat pembelian panik yang hanya merumitkan keadaan.

Katanya kelewatan penghantaran bekalan tambahan itu adalah kerana lori yang mengangkut perlu melalui jalan yang teruk sejauh 180 kilometer dari bandar Bintulu.

"Saya juga telah diberitahu pengendali syarikat-syarikat ini bahawa tidak semua lori-lori mereka beroperasi kerana pemandu mereka bercuti untuk meraikan Gawai Dayak," katanya.

Menurutnya dalam keadaan biasa, Belaga diperuntukkan 80,000 liter petrol sebulan, namun berikutan operasi mencari dan menyelamat itu sebahagian daripada kuota untuk bulan Julai digunakan untuk bulan ini.

"Kita akan terus memantau keadaan ini daripada semasa ke semasa untuk memastikan tidak berlaku keadaan bekalan terputus," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan