Barisan Exco Mahu KJ Terus Teraju Pemuda Umno

Diterbitkan: Khamis, 6 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim (duduk, dua kanan) pada sidang media selepas mesyuarat exco pemuda Umno di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis. Turut hadir, Penolong Setiausaha Pemuda, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid (duduk, kanan); exco, Datuk Suffian Awang (duduk, kiri) dan Bendahari, Datuk Rozabil Abdul Rahman (duduk, dua kiri). -fotoBERNAMA
Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim (duduk, dua kanan) pada sidang media selepas mesyuarat exco pemuda Umno di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis. Turut hadir, Penolong Setiausaha Pemuda, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid (duduk, kanan); exco, Datuk Suffian Awang (duduk, kiri) dan Bendahari, Datuk Rozabil Abdul Rahman (duduk, dua kiri). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Exco Pergerakan Pemuda Umno sebulat suara mahu Ketuanya, Khairy Jamaluddin diberikan mandat baru dalam pemilihan parti tahun ini.

Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata, berdasarkan pencapaian Pemuda Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu di bawah pentadbiran Khairy, kedudukan orang nombor satu dalam sayap parti itu perlu dikekalkan.

"Kita tak boleh buat ketetapan supaya orang lain tidak tawarkan diri bertanding (jawatan ketua). Namun kita dapati bahawa sepanjang tempoh ini pencapaian yang baik parti Umno turut disumbangkan oleh Pemuda dibawah kepimpinan beliau.

"Malah kalau kita perasan tidak banyak isu berlaku terutamanya segi sabotaj parti dikalangan Pemuda sendiri, oleh itu kita rasa perlu untuk kita beri mandat baru kepada Khairy," katanya selepas mesyuarat Exco Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Selain itu Razali berkata, berdasarkan kedudukan Khairy dalam Kerajaan Persekutuan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru, ahli pergerakan itu sewajarnya terus memberi kepercayaan kepada Ahli Parlimen Rembau tersebut untuk menerajui sayap parti berkenaan.

"Kedudukan Khairy sebagai Ketua Pemuda sangat sesuai tambahan pula beliau kini dilantik sebagai menteri yang menjurus kepada soal belia.

"Jadi kami harap ahli peringkat bawah (faham), namun kita tidak sekat semangat demokrasi dalam parti. Pihak exco hanya ingin berkongsi pandangan...kita rasakan Khairy amat sesuai untuk jalankan tugas tersebut," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai kedudukannya sebagai Naib Ketua Pemuda, Razali berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatannya atas faktor umur.

"Dari segi kelayakan saya sudah tidak layak untuk bertanding. Sama ada saya akan menawarkan diri bertanding di peringkat yang lebih tinggi, saya akan buat keputusan kemudian," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan