Semua Rakyat Malaysia Di Turki Selamat

Diterbitkan: Rabu, 5 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesemua 93 rakyat Malaysia yang berdaftar di Turki dilaporkan selamat sungguhpun demonstrasi jalanan besar-besaran tercetus di negara ini sejak beberapa hari lepas.

"Kedutaan Malaysia di Ankara merekodkan 93 rakyat Malaysia yang berdaftar di Turki, termasuk 17 pelajar. Tiga puluh daripada mereka tinggal di Istanbul termasuk lapan pelajar," menurut kenyataan Wisma Putra, Selasa.

Kementerian Luar terus memantau perkembangan di Turki terutamanya di Istanbul dan beberapa bandar raya utama lain di negara itu, jelas kenyataan itu lagi.

Pada 30 Mei, polis menyuraikan perhimpunan aman yang bertukar ganas di Istanbul bagi membantah kemusnahan taman terkenal Gezi Park dan sehingga kini, sejumlah 115 anggota keselamatan dan 58 orang awam dilaporkan cedera, menurut laporan berita asing. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan