PKR Patut Akur Titah Agong Supaya Jangan Adakan Perhimpunan - Tan

Diterbitkan: Rabu, 5 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang berkata PKR patut menarik balik hasrat untuk menganjurkan perhimpunan pada 15 Jun ini atau pada masa akan datang sebagai menghormati titah Yang Di-Pertuan Agong supaya akur dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

"Kalau Seri Paduka Baginda (Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah) sudah bertitah, mengapa mereka nak teruskan lagi perhimpunan ini. Sekiranya teruskan juga, mereka boleh dianggap sebagai penderhaka kerana melanggar titah Seri Paduka Baginda," katanya pada sidang media di sini Selasa.

Beliau berkata seperti titah Yang di-Pertuan Agong, PKR patut akur dengan keputusan PRU-13 yang telah ditentukan rakyat mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Tan bimbang perhimpunan seperti ini akan menimbulkan kesangsian dan menghasut rakyat tentang keputusan PRU-13.

Parti-parti dalam pakatan pembangkang seharusnya sama-sama membantu pembangunan negara dan mengekalkan keamanan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara, katanya.

Sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun lalu, Seri Paduka bertitah supaya rakyat akur dengan keputusan PRU-13 yang telah ditentukan oleh rakyat sendiri.

Mereka juga perlu menggunakan kaedah penyelesaian yang telah digariskan sekiranya terdapat perbezaan pendapat, tidak menanam kesangsian terhadap institusi yang telah diamanahkan untuk mengelolakan PRU dan sebarang perubahan politik perlu dilakukan secara aman mengikut prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang, titah Seri Paduka. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan