Pendaki Paling Sihat Juga Boleh 'Tunduk' Kepada AMS - Perunding

Diterbitkan: Rabu, 5 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Atlet yang cukup sihat dan cergas juga boleh 'tunduk' kepada AMS (Accute Mount Sickness) kata seorang pendaki gunung.

Perunding cabaran 'Malaysian Mountain Goal' Phang Tong Wah, 45, berkata AMS merupakan aspek yang paling sukar dan terpaksa dihadapi trekker untuk mendaki ke kem Pangkalan Gunung Everest.

"Bukan semua orang boleh membiasakan diri pada tahap ketinggian itu. Ia bergantung pada orang itu. Orang-orang yang difikirkan tidak sesuai juga mungkin boleh membiasakan diri dengan keadaan itu," kata Phang, yang telah mendaki Kem Pangkalan Gunung Everest pada ketinggian 6,000m sebanyak tiga kali.

Beliau mengulas kematian Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari, pekerja di Perbadanan Putrajaya yang meninggal dunia pada Isnin semasa dalam perjalanan ke Kem Pangkalan Everest.

Kematiannya disebabkan oleh AMS.

Shahrulnizam, 25, adalah sebahagian daripada ekspedisi Mendaki Gunung Kala Patthar dan Everest Base Camp 2013.

Terdapat 14 kakitangan termasuk tiga wanita dalam ekspedisi ini.

Phang menjelaskan AMS biasanya berlaku pada ketinggian 3,500 m di atas paras laut di mana tahap oksigen adalah lebih nipis.

Beliau menambah mereka yang mendaki Gunung Kinabalu pada ketinggian 4,096m di Sabah juga boleh terjejas oleh AMS.

Tanda-tanda awal AMS termasuk muntah, pening, batuk dan sakit kepala.

"Jika anda tidak turun, ia boleh menjadi lebih buruk," kata Phang.

Menurut laman web Plus Medline (nlm.nih.gov), AMS adalah lebih mudah untuk dirawat di peringkat awal.

"Rawatan utama untuk semua bentuk penyakit gunung adalah dengan turun ke bawah untuk ketinggian yang lebih rendah dengan cepat dan selamat yang boleh," katanya.

Timbalan Pengarah Kanan Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya (PPj) Zaharah Salamat berkata usaha-usaha untuk menyelamatkan pendaki telah terjejas oleh cuaca buruk.

Beliau menambah pihaknya tidak pasti bila mayat Shahrulnizam itu boleh dibawa balik ke Kathmandu, ibu negara Nepal dan kemudian ke Malaysia.

"Semua pendaki telah membatalkan ekspedisi mereka untuk sampai ke Everest Base Camp dan telah selamat tiba di Lobuche (4,830m di atas paras laut). Mereka dilaporkan selamat dan stabil," katanya dalam satu kenyataan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan