PAS Tetap Sertai Black505

Diterbitkan: Rabu, 5 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS menegaskan parti itu menyokong penuh perhimpunan 'Black505' bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan di Padang Merbok 15 Jun ini.

Penegasan itu juga sekaligus menolak kenyataan Dewan Ulama PAS bahawa parti itu tidak akan menyertai perhimpunan anjuran sekutu mereka dalam pakatan pembangangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Nawawi berkata, kepimpinan PAS sebulat suara menyokong keputusan yang dibuat Majlis Presiden Pakatan Rakyat baru-baru ini terhadap penganjuran perhimpunan tersebut.

"Saya ingin ditegaskan bahawa PAS akan menyertai perhimpunan yang dijalankan ini. InsyaAllah kita akan mengembeling seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong PAS untuk bersama-sama di atas tuntutan yang dibuat.

"Kalau ada apa-apa kekeliruan, tidak timbul PAS tidak bersama dalam perhimpunan ini. Pimpinan PAS secara keseluruahnnya bersama mendokong perhimpunan yang sudah berjalan dan akan berjalan," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Sebelum ini Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib dilaporkan berkata bahawa parti itu tidak akan menyertai perhimpunan yang dikenali 'Black505' bagi membantah dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya.

Sebaliknya Harun menegaskan bahawa PAS akan memberi tumpuan memperkasakan parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Jumaat minggu lalu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menitahkan supaya rakyat di negara ini akur dengan keputusan PRU-13 yang telah ditentukan oleh mereka sendiri.

Seri Paduka bertitah, sebarang perubahan politik di negara ini perlu dilakukan secara aman dan menerusi peti undi berpandukan prinsip keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Titah Tuanku Abdul Halim, tindakan menanam kesangsian terhadap institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini adalah perbuatan yang amat berbahaya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan