Michelle Yeoh Dilantik Mentor Pertama iM4U

Diterbitkan: Rabu, 5 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan watikah perlantikan Mentor 1M4U kepada Tan Sri Michelle Yeoh di pejabatnya di Putrajaya pada Selasa. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa (kiri).
--fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan watikah perlantikan Mentor 1M4U kepada Tan Sri Michelle Yeoh di pejabatnya di Putrajaya pada Selasa. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa (kiri). --fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Pelakon filem antarabangsa Tan Sri Michelle Yeoh dilantik sebagai mentor pertama 1Malaysia For Youth (iM4U). Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan watikah pelantikan kepada Yeoh di Pejabat Perdana Menteri di Kompleks Perdana Putra di sini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan anggota Lembaga Pemegang Amanah iM4U Datuk Irmohizam Ibrahim.

Penubuhan iM4U adalah hasil ilham Najib, yang juga pengerusi Lembaga Pemegang Amanah iM4U, sebagai wadah untuk belia Malaysia menjalankan kegiatan kesukarelaan dan pembinaan negara bangsa untuk manfaat masyarakat dan kumpulan sosial.

Pelantikan sebagai mentor iM4U adalah sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian luar biasa rakyat Malaysia dalam membangunkan negara dan sebagai model peranan untuk belia.

Sebagai mentor iM4U, inisiatif pertama Yeoh ialah bekerjasama dengan iM4U untuk menyusun kempen bagi menentang jenayah, dengan memberi fokus di kawasan yang mendedahkan wanita kepada bahaya seperti tempat meletak kenderaan, kawasan berdekatan stesen LRT dan hentian bas.

"Saya menjadi amat tidak keruan apabila mendengar tentang wanita, terutama yang mengalami trauma di tempat meletak kenderaan akibat perbuatan peragut. Kami akan mencari jalan untuk meningkatkan kesedaran ke arah menjadikan Malaysia lebih selamat.

"Sebaik saja kempen ini bersedia untuk dilaksanakan, kami akan mengumumkannya," kata Yeoh kepada pemberita di sini Selasa.

"Tahun depan, kita ada Tahun Melawat Malaysia dan para belia boleh memberi banyak bantuan dan menjadikan pengunjung ke negara kita lebih tertarik dengan apa yang ada di sini dan saya mahu mereka berasa selamat, santai dan gembira," katanya sambil menambah bahawa semangat kesukarelaan perlu dipupuk dalam diri para belia.

Sementara itu, Yeoh mengesahkan beliau akan berlakon dalam filem 'Crouching Tiger, Hidden Dragon 2'.

"Saya sedang berusaha sedaya upaya agar filem ini dibuat penggambarannya di Pinewood Iskandar Malaysia Studios," kata pelakon terkenal itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan