KLIA2 Siap Lewat Lagi 6 Bulan

Diterbitkan: Rabu, 5 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) mungkin lewat lebih daripada enam bulan, demikian menurut Alliance Research Sdn Bhd.

"Walaupun bangunan terminal dijangka siap dalam masa dua bulan, kami berpendapat kelewatan pembukaan KLIA2 mungkin lebih enam bulan.

"Ini disebabkan oleh masa tambahan yang diperlukan selepas siap terminal seperti tiga bulan bagi ujian dan kajian kesediaan operasi dan enam bulan masa persediaan bagi AirAsia untuk berpindah ke terminal baharu.

"Oleh itu, kamu berpendapat KLIA2 hanya akan memulakan operasinya menjelang akhir suku pertama 2014," demikian menurut Alliance Research dalam nota penyelidikannya.

Terdahulu Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) menyatakan ia memohon kelulusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh konsesinya daripada 25 tahun kepada 60 tahun.

"Tanpa sebarang perubahan kepada tempoh sedia ada perjanjian konsesi, pendapatan tahun kewangan 2014 MAHB akan terjejas dengan ketara oleh susut nilai yang yang tinggi dan bayaran pelunasan apabila siap KLIA2," katanya.

Bagaimanapun, lanjutan berkenaan akan membolehkan MAHB melunaskan kos KLIA2 dalam tempoh yang lebih lama, oleh itu meningkatkan pendapatan yang dilaporkan dalam jangka dekat.

"Andaikan lanjutan berkenaan sehingga 60 tahun lagi, kiraan kami menunjukkan pendapatan tahun kewangan 2014 MAHB akan meningkat sebanyak kira-kira 28 peratus," katanya.

Berdasarkan keadaan ini, Alliance mengulangi saranan "neutral" terhadap MAHB dengan harga sasaran kekal pada RM5.90. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan