Kes Dharmendran: Polis Terlibat Akan Dihadapkan Ke Mahkamah Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 5 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota polis yang disyaki terlibat dengan kes kematian tahanan di dalam lokap, N. Dhamenderen, akan dihadapkan ke mahkamah petang ini atas tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata laporan kertas siasatan telah diserahkan kepada jabatannya semalam setelah pasukan khas ditubuhkan polis sebelum ini selesai menjalankan siasatan terhadap kematian Dhamenderen, 31.

"Berdasarkan keterangan yang diperoleh menerusi siasatan itu, saya telah memutuskan untuk menuduh anggota polis yang terlibat atas tuduhan membunuh," katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata walaupun kejadian itu dikesali, tindakan segera diambil polis dalam kes kematian Dhamenderen adalah membanggakan dan menggambarkan komitmen pasukan itu untuk menegakkan kewibawaan institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dhamenderen meninggal dunia dalam selnya di lokap Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur pada 21 Mei lepas semasa dia ditahan reman berhubung kes cubaan membunuh Dia ditahan reman selama 10 hari mulai 12 Mei lepas.

Abdul Ghani berkata berdasarkan bedah siasat dijalankan Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mei, punca kematian didapati sebagai kecederaan akibat hentakan objek tumpul.

"Jabatan Peguam Negara memandang serius kejadian terbaru kematian tahanan semasa dalam agensi penguatkuasaan ini dan komited untuk menangani mengikut undang-undang sebarang salah laku yang telah menyebabkan kematian Dhamenderen," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan