15,000 Tan Sisa Makanan Dibazirkan Di Malaysia Setiap Hari

Diterbitkan: Rabu, 5 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia adalah syurga makanan, tetapi ia juga menjadi tempat pembuangan makanan dalam jumlah yang besar.

Setiap hari Malaysia menghasilkan kira-kira 15,000 tan makanan dan sisa dari dapur yang mana jumlah ini cukup untuk mengisi tujuh setengah buah padang bola atau untuk memberi makan kepada 7.5 juta orang dalam sehari.

Jumlah merupakan peningkatan dari tahun 2011, di mana kira-kira 930 tan makanan yang dibazirkan telah dibuang setiap hari.

Angka itu pula adalah dua kali ganda meningkat dari rekod yang ditunjukkan pada tahun 2009.

Di Kuala Lumpur sahaja, sisa makanannya adalah kira-kira 3,000 tan metrik sehari, manakala Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendakwa pulau itu sahaja menghasilkan sebanyak 355 tan sisa makanan setiap hari.

Daripada jumlah itu, antara 10 hingga 15 peratus terdiri daripada makanan yang dibazirkan dan tamat tempoh luput.

Dalam 10 jenis makanan untuk makan malam masyarakat Cina misalnya, 30 peratus daripada makanan akan dibazirkan.

Pakar pengurusan Sisa Dr Theng Lee Chong berkata tuan rumah telah memilih untuk mengurangkan kuantiti makanan dan mengurangkan jenis makanan kepada tujuh atau lapan.

"Tetapi dalam jangka masa panjang, kita masih perlu mendidik rakyat Malaysia mengenai keperluan untuk tidak membuang makanan.

"Kita hanya perlu mengambil setakat yang kita perlukan," katanya.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel menggesa rakyat Malaysia untuk membuat "pilihan gaya hidup yang betul" dan mengurangkan pembaziran makanan selaras dengan kempen Hari Alam Sekitar Sedunia dengan tema "Think. Eat. Save". Reduce Your Foodprint, hari ini.

"Kempen ini menggalakkan kita untuk lebih sedar bahawa pemilihan makanan memberi kesan terhadap alam sekitar dan memberi kuasa kepada kita untuk membuat keputusan," katanya.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia Datuk R. Ramalingam Pillai mengeluh tentang pembaziran makanan yang agak berleluasa di Malaysia.

Beliau mengaitkan ini kepada sikap rakyat Malaysia, yang kebanyakannya katanya mengambil kesempatan terhadap makanan yang mudah diperolehi di negara ini.

"Di negara-negara lain di dunia, ramai orang hidup tanpa makanan dan di sini kita membuang makanan," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan