Perwakilan Umno Akan Tentukan Dua Jawatan Tertinggi Parti Akan Dipertandingkan Atau Tidak – Hishammmuddin

Diterbitkan: Selasa, 4 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

PUTRAJAYA: Perwakilan Umno yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno pada tahun ini merupakan individu paling layak untuk membuat keputusan sama ada dua jawatan tertinggi parti itu perlu dipertandingkan atau tidak, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata semua proses meminda perlembagaan parti, termasuk proses mahu membenarkan lebih ramai perwakilan akar umbi mengundi pada perhimpunan itu dibuat bagi menjadikan parti lebih telus dan inklusif kepada ahli-ahlinya.

"Akhirnya, semua terpulang kepada perwakilan namun ia perlu dibuat agar Umno kekal kuat.

"Saya tidak akan bersetuju kepada apa-apa sahaja yang akan membahayakan atau melemahkan parti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama dengan pegawai Kementerian Pengangkutan pada Selasa.

Sementara itu, di Kota Kinabalu, Sabah, Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin bersetuju dengan cadangan agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

Beliau berkata sekiranya jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan maka ia akan memberikan impak yang positif kepada parti yang sedang melalui proses tranformasi di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Umno tidak pernah menghalang sesiapa sahaja menawarkan diri untuk untuk bertanding jawatan tertinggi parti, namun pada pendapat saya Najib adalah presiden yang terbaik pada Umno dalam usaha memastikan survival parti selepas pilihan raya.

"Sekarang (selepas pilihan raya) parti maju ke hadapan dengan peluang yang lebih besar diberikan kepada pemimpin muda untuk bergerak dalam era landskap politik masa hadapan," katanya.

Rosnah berkata program transformasi drastic yang dilaksanakan oleh parti jelas memperlihatkan kekuatan jentera pilihan raya terutamayan ketika tempoh kritikal dan ia dapat dilihat di semua peringkat daripada pimpinan tertinggi hingga ke peringkat akar umbi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan