Pelantikan Exco: Khalid Samad Nafi Salahkan Sultan Selangor

Diterbitkan: Selasa, 4 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada Selasa nafi menyalahkan mana-mana pihak istana terutama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu kelewatan pelantikan anggota exco kerajaan negeri itu.

Khalid berkata, beliau hanya mengeluarkan kenyataan mengenai mekanisme pengagihan kerusi exco Selangor untuk parti-parti di bawah Pakatan Rakyat iaitu PKR, DAP dan PAS kerana kemenangan berbeza dalam parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) lalu dan pada 2008.

"Dalam artikel saya tidak mengatakan ada kelewatan. Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Saya hanya menjelaskan perbezaan suasana (pilihan raya) 2008 dan 2013 yang menyebabkan perlunya ada perbincangan dan bukannya pergaduhan," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Beliau merujuk kepada kenyataan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pada Khamis lalu yang menafikan dakwaan bahawa kelewatan pelantikan exco Selangor adalah disebabkan untuk memenuhi kehendak Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mohamad Munir dalam kenyataannya mengingatkan pengamal media sosial termasuk penulis blog agar tidak mengheret pihak istana terutama Sultan Selangor dalam apa juga perkara tanpa siasatan terlebih dahulu bagi mengelak tanggapan salah rakyat terhadap baginda.

Khalid baru-baru ini menulis satu artikel yang bertajuk 'Isu Pelantikan Exco Selangor: DAP dan PAS Bergaduh?' di blog milik beliau iaitu www.khalidsamad.com.

Menurut Khalid, tidak timbul soal kelewatan pelantikan exco kerana ia mengikut peraturan dengan melakukannya dalam tempoh yang dibenarkan iaitu 60 hari.

Ditanya adakah beliau ada menghadap pihak istana untuk memberikan penjelasan, Khalid berkata: "Tak payahlah. Dia (Mohamad Munir) pun tak panggil saya untuk (dapatkan) penjelasan. Ini hal kecil. Saya harap akhbar (media) dapat perbetulkan supaya tidak timbul masalah."

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan