Parlimen Hanya Untuk Ahli Parlimen - Shahidan

Diterbitkan: Selasa, 4 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kanan) menyerahkan nota serah terima tugas kepada pengganti beliau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada majlis penyerahan tugas Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Parlimen pada Selasa.
Nazri Aziz kini memegang portfolio Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. -Foto BERNAMA
Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kanan) menyerahkan nota serah terima tugas kepada pengganti beliau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada majlis penyerahan tugas Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Parlimen pada Selasa. Nazri Aziz kini memegang portfolio Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Parlimen tidak boleh diguna oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk membuat sidang akhbar, demikian tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kasim yang bertanggungjawab mengendali hal ehwal Parlimen.

"Jika mereka hendak mengadakan sidang akhbar, mereka mesti melakukannya di tempat lain," kata Shahidan sambil menyatakan bahawa Bangunan Parlimen hanya untuk anggota Parlimen dan tidak disalahguna oleh pihak luar.

"Kita mesti hentikan semua gangguan dan halangan," katanya.

Menteri itu berkata, beliau akan memastikan pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan di sekitar kawasan Bangunan Parlimen tidak menjejas anggota Parlimen menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat.

Kemudahan-kemudahan untuk mereka tidak disalahgunakan oleh sesetengah pihak, kata beliau.

"Adalah hak dan kebebasan untuk ahli-ahli Parlimen melaksanakan tugas mereka di Parlimen tanpa sebarang gangguan," katanya kepada wartawan pada majlis penyerahan tugas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan) kepada beliau di Bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Shahidan menegaskan bahawa walaupun orang ramai boleh melawat ke Parlimen, namun institusi itu dan kemudahannya adalah hanya untuk ahli Parlimen. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan