Larangan Nurul Izzah Memasuki Sabah Tidak Kekal

Diterbitkan: Selasa, 4 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Sukarti Wakiman
Datuk Sukarti Wakiman

KOTA KINABALU: Larangan kemasukan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar ke Sabah bukan satu larangan tetap, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman.

"Pengharaman Nurul Izzah hanya untuk satu ketika iatu pada malam majlis penutup sambutan Kaamatan peringkat negeri (30 Mei)," katanya pada Isnin.

Menurut Sukarti, keputusan menghalang Nurul Izzah daripada memasuki Sabah dilakukan atas sebab keselamatan berdasarkan laporan yang diterima oleh kerajaan daripada pegawai keselamatan.

"Tidak ada larangan tetap ke atas beliau atau mana-mana pemimpin parti pembangkang yang lain untuk datang ke Sabah selagi mereka tidak menimbulkan ancaman keselamatan," katanya.

Nurul Izzah pada 30 Mei lalu dilaporkan dihalang memasuki Sabah ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKR).

Beliau ke negeri itu bagi mengadakan lawatan selain untuk menghadirkan diri dalam program PKR Sabah, di samping menyambut pesta Kaamatan bersama warga tempatan.

Bagaimanapun pihak Imigresen yang menahannya itu dilaporkan memberi alasan penahanannya atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan