KDN Cadang Tubuh Agensi Berpusat Tangani Kes Dadah

Diterbitkan: Selasa, 4 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) merancang mewujudkan sebuah agensi berpusat yang bertindak dalam menangani, mencegah dan melakukan tindakan susulan berhubung penagihan dan pengedaran dadah.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata agensi tersebut akan melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia, Unit Pencegahan Jenayah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta badan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanapun penubuhan agensi berpusat itu memerlukan persetujuan pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), sebelum dibentangkan di mesyuarat mingguan jemaah menteri untuk kelulusan, katanya.

"Saya menyarankan NGO yang berkaitan (mengenai dadah) bersatu di bawah satu naungan dan diselaraskan. Sesuatu aktiviti tidak harus dilakukan secara berasingan," katanya kepada pemberita selepas melawat Klinik Cure & Care 1Malaysia di Sungai Besi di sini Selasa.

Turut hadir timbalannya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi dan Ketua Pengarah AADK Datuk Zuraidah Mohamed.

Ahmad Zahid berkata beberapa buah negara telah mewujudkan agensi seperti itu dan keberkesanannya telah terbukti.

Beliau berkata KDN juga akan meneliti kemampuan dan aktiviti NGO dalam menangani masalah dadah termasuk program susulan, contohnya Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), supaya peranan mereka lebih jelas dalam menangani masalah tersebut.

"Saya akan membuka pintu perbincangan untuk memastikan penyelarasan. Saya juga akan berusaha untuk membantu memberikan dana untuk bantu mereka (NGO) supaya aktiviti yang dilakukan tiada kekangan kewangan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan