Tuduhan Rakyat Bangladesh Mengundi Tidak Masuk Akal - Pesuruhjaya Tinggi

Diterbitkan: Isnin, 3 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Atiqur Rahman
Atiqur Rahman

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di sini menolak dakwaan rakyat negara itu terlibat sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Menyifatkan sebagai tidak masuk akal, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia, AKM Atiqur Rahman berkata, pejabatnya tidak mengetahui mengenai dakwaan tersebut.

"Propaganda mengenai rakyat Bangladesh mengundi dalam PRU-13 hanyalah rekaan semata-mata oleh beberapa kumpulan yang mempunyai kepentingan tertentu," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Menurutnya adalah tidak masuk akal bahawa seramai 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk ke Malaysia seminggu sebelum pilihan raya berlangsung untuk mengundi.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai 'manipulasi politik, beliau berkata gambaran rakyat Bangladesh menjadi pengundi hantu bukan sahaja meletakkan rakyatnya dalam risiko, tetapi turut memberi imej negatif terhadap negara itu.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan