Perang Persepsi Adalah Kelemahan Kerajaan - PM - Berita Semasa | mStar

Perang Persepsi Adalah Kelemahan Kerajaan - PM

Diterbitkan: Isnin, 3 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan perlu belajar mengenai bagaimana untuk mengurus lebih baik terhadap persepsi negatif yang disebarkan secara dalam talian terhadapnya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, ia perlu menangani "kelemahan" itu kerana kebanyakan orang telah dikelirukan oleh usaha untuk menjatuhkan pentadbiran pimpinan Barisan Nasional.

"Persepsi boleh dibentuk dalam pelbagai cara. Mungkin tidak melalui mesyuarat secara bersemuka, tetapi melalui Facebook," katanya pada Isnin menerusi perhimpunan bulanan pertama dengan kakitangan Pejabat Perdana Menteri sejak pilihan raya umum ke-13.

"Jika ada terdapat sebarang kelemahan dalam kerajaan, ia mungkin kita tidak begitu baik dalam berhadapan dengan serangan persepsi," katanya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan