Pegawai Polis Terlibat Dalam Kematian Dharmendran Akan Digantung Tugas - Berita Semasa | mStar

Pegawai Polis Terlibat Dalam Kematian Dharmendran Akan Digantung Tugas

Diterbitkan: Isnin, 3 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Para pegawai polis yang terlibat dalam kematian tahanan N. Dharmendran akan digantung tugas, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kementeriannya dan polis tidak akan kompromi dengan sebarang kes di mana terdapat individu yang meninggal dunia ketika masih dalam tahanan polis.

“Ia sedang dilakukan,” katanya ketika ditanya mengenai tuntutan supaya penggantungan tugas terhadap para pegawai yang bertugas ketika Dharmendran meninggal dunia pada 21 Mei.

Sementara itu, di PETALING JAYA, Pengarah Strategik MIC, S Vell Paari sedang mempertimbangkan untuk mengadakan bantahan berhubung kematian dalam tahanan polis.

Vell Paari berkata, terdapat sambutan yang menggalakkan daripada beberapa organisasi India yang meminta supaya protes diadakan berhubung isu tersebut.

Sebanyak lapan kematian dalam tahanan polis tahun ini, termasuk yang terbaru kes melibatkan P. Karuna Nithi berusia 42 tahun di Balai Polis Tampin pada Sabtu lepas.

Dua kematian baru-baru ini termasuk N. Dharmendra, 32, yang meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 21 Mei, manakala R. James Ramesh, 40, meninggal dunia di Pulau Pinang pada 26 Mei.

“Kematian tahanan semakin menjadi-jadi dan memerlukan tindakan tegas. Jika kita mengadakan perhimpunan untuk sebab politik, keagamaan dan kaum, tiada sebab untuk kenapa tidak kita akan melakukannya untuk perkara ini,” katanya, sambil menambah bahawa beliau kecewa dengan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas.

Vell Paari berkata, satu mesyuarat dengan beberapa organsiasi dan ahli politik India dari pembangkang akan diadakan tidak lama lagi.

“Perbezaan politik harus diketepikan untuk isu ini. Ia bukan soal kaum. Ia merupakan isu rakyat Malaysia, dan rakyat Malaysia semua kamu perlu bersama.

“Kita mesti menyampaikan mesej yang kuat kepada pihak berkuasa supaya kita tidak membiarkan keganasan seumpama itu,” katanya ketika dihubungi.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan