Omar Kaseh Ketua Pengarah Mampu Baru

Diterbitkan: Isnin, 3 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Omar Kaseh.
Omar Kaseh.

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Omar Kaseh dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri, berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Beliau menggantikan Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), demikian menurut Mampu dalam satu kenyataan, di sini Isnin.

Omar, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya serta Ijazah Sarjana Sains Perancangan Luar Bandar dan Sumber dari Aberdeen University, United Kingdom menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 26 November 1979.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya sebagai setiausaha bahagian di Kementerian Kewangan dan timbalan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Labuan.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi pengarah Bahagian Pengurusan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat; ketua penolong Pegawai Daerah Klang, Selangor dan penolong pengarah Bahagian Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan